KEGIATAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

 DISEDIAKAN OLEH 

NAMA : Zayd Zainuddin bin Zamuel

NO.MATRIK : LC202025094


KEGIATAN PBB

Kegiatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terbahagi kepada 7 perkara:

1. Persidangan Antarabangsa

2. Tahun – tahun antarabangsa dan yang berkaitan

3. Kawalan dan pelucutan senjata

4. Penjagaan keamanan

5. Hak asasi manusia

6. Bantuan kemanusiaan dan perkembangan antarabangsa

7. Persetiaan undang – undang antarabangsa

Persidangan antarabangsa

Ahli – ahli untuk PBB dan aensi – agesi khususnya memberi panduan dan membuat keputusan tentang persoalan substantive dan pentadbiran dalam mesyuarat biasanya diadakan sepanjang tahun. Jika ada persoalan yang diangga mustahak, Perhimpunan Agong akan memulakan persidangan antarabangsa untuk menumpukan perhatian sejagat dan memperoleh sepersetujuan untuk tindakan yang disatukan.

Tahun – tahun antarabangsa dan yang berkaitan

PBB mengisytiharkan dan menyelaraskan “ Tahun Antarabangsa untuk…” supaya dapat menunmpukan perhatian kepada persoalan – persoalan yang utama. Melalui perlambangan PBB, logo yang direka khas untuk tahun itu, srta infrastruktur system PBB untuk menyelaraskan peristiwa – peristiwa di seluruh dunia, pelbagai tahun itu telah menjadi faktor mangkin untuk memajukan persoalan – persoalan utama pada skala sejagat.

Kawalan dan Pelucutan senjata

PBB telah menubuhkan berbagai-bagai forum untuk menujukan persoalan-persoalan pelucutan senjata berbilang hala. Forum-forum yang utama termasuk "Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung" dan "Suruhanjaya Pelucutan Senjata PBB". Perkara-perkara dalam agendanya merangkumi pertimbangan kebaikan dan keburukannya terhadap pengharaman ujian nuklear, kawalan senjata angkasa lepas, usaha untuk mengharamkan senjata kimia, pelucutan senjata nuklear dan senjata biasa, pengurangan peruntukan tentera, serta langkah-langkah untuk mengukuhkan keselamatan antarabangsa.

Penjagaan Keamanan

Pengaman-pengaman PBB dihantar ke kawasan-kawasan di mana pertikaian bersenjata baru-baru sahaja tamat, supaya dapat menguatkuasakan syarat-syarat persetujuan keamanan serta untuk tidak menggalakkan askar-askar daripada memulakan pertempuran, umpamanya di Timor Timur sehingga kemerdekaannya pada tahun 2001. Pasukan-pasukan ini dibekalkan oleh ahli-ahli negara PBB. PBB tidak mempunyai sebarang tentera sendiri. Kesemua operasi penjagaan keamanan harus diluluskan oleh Majlis Keselamatan.

Hak Asasi Manusia

Perjuangan untuk hak-hak asasi manusia merupakan alasan yang utama untuk mencipta PBB. Kekejaman Perang Dunia II dan pembunuhan kaum telah menyebabkan sepersetujuan serta-merta bahawa pertubuhan baru harus berusaha untuk mencegah nahas yang serupa pada masa akan datang.Piagam PBB memerlukan kesemua ahli-ahli

negaranya mempromosikan "rasa hormat sejagat ke atas dan pematuhan kepada hak asasi manusia" serta mengambil "tindakan bersama dan berasingan" untuk mencapainya

Bantuan kemanusiaan dan perkembangan antarabangsa

Bersama-sama dengan pertubuhan yang lain, seperti Persatuan Palang Merah, PBB membekalkan makanan, air minuman, tempat perlindungan dan perkhidmatan kemanusian yang lain kepada penduduk-penduduk yang mengalami kebuluran, terpaksa berpindah akibat perang, atau menderita disebabkan bencana yang lain.

Persetiaan Undang – Undang Antarabangsa

PBB merundingkan persetiaan seperti Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut untuk mengelakkan kemungkinan pertikaian antarabangsa. Pertikaian mengenai penggunaan lautan dihakimi oleh mahkamah khas.

SENARAI BADAN PBB YANG LAIN

1-Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)

2-Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IRBD) (termasuk Perbadanan Kewangan Antarabangsa dan Persatuan Pembangunan Antarabangsa)

3-Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)

4-Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)

5-Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO)

6-Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

7-Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)

8-Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)

9-Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO)

10-Kesatuan Pos Sedunia (UPU)

11-Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

12-Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (WIPO)

13-Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya,daripada sumber yang kami peroleh tentang organisation of Islamic cooperation (OIC), commonwealth dan pesatuan bangsa-bangsa bersatu(PBB),banyak yang kita pelajari dan kita ketahui seperti tujuan penubuhan negara komanwel,kegiatan PBB dan latar belakang OIC.


rujukan :1)  https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu

              2)https://ms.wikipedia.org/wiki/Kegiatan_dan_kritikan_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu

Comments