Organisation Of Islamic Cooperation (OIC)
DISEDIAKAN OLEH
NO. MATRIK : LC202025380
KELAS : LCCI-DIA 1B
BismillahirahmanirahimBismillahirahmanirahim,
Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat
ilahi dengan limpah rahmat serta nikmat-Nya yang diberikan seperti masa, nyawa,
tenaga yang dianugerahkan kepada kami, dapat juga kami menyempurnakan tugasan
kerja khusus Pengajian Malaysia (PPW 2113) ini dengan jayanya.
Pertamanya,kami ingin mendedikasikan ucapan
dan penghargaan setinggi-tingginya kepada pensyarah kami iaitu Puan Nazhatul
Ain Binti Hisamudin kerana dengan tunjuk ajar beliau serta bimbingan
daripadanya yang membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya
dan sempurna.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih
yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk
menyiapkan kerja khusus ini . Mereka juga membantu kami dengan menjawab setiap
pertanyaan yang kami ajukan kepada mereka.
Akhir sekali, kami juga ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam proses menghasilan kerja khusus ini dengan jayanya. Sekian,terima
kasih.
PERTUBUHAN KERJASAMA ISLAM atau OIC
(Organisation Of Islamic Cooperation) ialah satu pertubuhan antarabangsa di
kalangan negara-negara yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57
negara-negara islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara timur
tengah & utara afrika, Caucasus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan dan
Asia Selatan.
• Bahasa rasmi organisasi berkenaan adalah
bahasa Arab, Inggeris & Perancis. Pada 28 jun 2011, ia menukar namanya
daripada Pertubuhan Persidangan Islam kepada Pertubuhan Kerjasama Islam.
Pertubuhan Persidangan Islam(OIC) Ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 REJAB
1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi
ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis.
Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin islam menubuhkan sebuah
pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat islam dalam
segenap bidang di seluruh dunia
• Persidangan yang kesepuluh diadakan pada
16 dan 17 Oktober 2003 di PICC, Putrajaya yang dirasmikan oleh Perdana Menteri
Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.)YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,
Perdana Menteri Malaysia yang pertama pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung
OIC yang pertama.
Sumbangan OIC Terhadap Dunia Islam
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab
1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi
ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis.
Tindakan puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah
pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam
segenap bidang di seluruh dunia.
Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) ditubuhkan
sebagai wadah para pemimpin daripada sektor awam dan swasta untuk berbincang
dan menangani pelbagai isu ekonomi yang memberi kesan khususnya terhadap umat
Islam dan masyarakat dunia umumnya. WIEF bukan sahaja menyediakan kerangka
kerjasama ekonomi di antara negara-negara Islam bahkan juga negara-negara bukan
Islam yang lain. Forum ini juga berfungsi sebagai kaedah untuk mengumpulkan
ekonomi-ekonomi Islam dan bukan Islam menerusi jaringan perniagaan di bawah
satu wadah tunggal. Selain itu WIEF juga menyediakan peluang dialog mengenai
perkara-perkara berkaitan dunia Islam untuk ditangani di peringkat global.
rujukan : 1) https://www.oic-oci.org/home/?lan=en
2) https://en.wikipedia.org/wiki/Organisation_of_Islamic_Cooperation
Comments
Post a Comment