DISEDIAKAN OLEH :
NAMA : MUHAMMAD FAKHRI BIN MOHAMMAD RIDZWAN
NO. MATRIK : LC202024839
KELAS : LCCI-DIA 1B
apakah stuktur organisasi untuk PBB? Ada berapakah struktrur organisasi tersebut? adakah anda mengetahui kewujudan strukur organisasi PBB ini? mari kita lihat.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu atau lebih dikenali sebagai PBB atau United Nation (UN) ini mempunyai 6 struktur organisasi yang menjadikan pertubuhan ini berjalan dengan jayanya.struktur ini telah diwujudkan untuk membantu orang lain dalam beberapa perkara dan sekaligus membawa kepada keamanan dan kesejahteraan bangsa.antaranya ialah:
- Perhimpunan Agung
- Majlis keselamatan
- Majlis Ekonomi dan sosial
- Majlis Peramahan
- Mahkamah keadilan
- Sekretariat
Organisasi ini berperanan penting dalam membawa kesejahteraan dan membawa kemakmuran pada negara-negara yang menyertainnya.
Perhimpunan Agung (PBB) atau dikenali sebagai General Assembly (GA) terdiri daripada kesemua ahli-ahli pertubuhan ini dan bertemu setiap tahun di bawah seorang president yang dipilih daripada wakil-wakilnya. GA ini juga berfungsi sebagai alat PBB tunggal yang diwakili oleh kesemua ahlinya. Disamping itu,perhimpunan ini bertindak sebagai forum untuk ahli-ahlinya untuk membincangkan persoalan- persoalan penting seperti persoalan undang-undang antarabangsa serta membuat keputusan tentang pengendalian pertubuhan ini.
Majlis Keselamatan UN ini pula merupakan alat yang paling berkuasa dalam PBB. Majlis Keselamatan ini bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara sedangkan alat PBB yang lain hanya membuat cadangan kepada kerajaan ahli-ahlinya , Majlis keselamatan mempunyai kuasa di bawah Piagam PBB untuk memutuskan mana satu kerajaan ahlinya harus melaksanakan keputusan.
Majlis Ekonomi Dan Sosial atau dikenali sebagai (ECOSOC) PBB membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa.ECOSOC mempunyai 54 ahli yang dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh 3 tahun. walaupun setiap ahli PBB berlayak untuk dilih menjadi Majlis Ekonomi Dan Social,ahli-ahli yang lain sentiasa menyokong ahli-ahli yang dipilih dan menyokong ahli-ahli dari negara 'Dunia Pertama'. justeru,ECOSOC juga berfungsi dengan cara yang serupa dengan organ-organ PBB yang lain termasuklah mengumpul maklumat, menasihat ahli-ahli anggota dari negara lain dan membuat cadangan bagi menjamin kesejahteraan dan membantu negara-negara ahli yang lain.
Majlis peramahan PBB telah ditubuhkan untuk membantu memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbir melalui penjagaan kepentingan penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa. Kini , kesemua wilayah ini telah memperoleh kerajaan sendiri ataupun merdeka baik sebagai negara sendiri mahupun sebagai pergabunggan dengan negara jiran yang telah merdeka.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa ini lebih glamour dengan panggilan 'Mahkamah dunia' atau ICJ merupakan alat kehakiman yang utama dalam PBB. mahkamah ini telah ditempatkan di peace palace, Hague,Belanda. mahkamah keadilan ini merupakan waris kepada kepada makhamah keadilan antarabangsa. Fungsi- fungsi utama adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberikan kuasa.
Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dibantu oleh sekumpulan kakitangan antarabangsa. Piagam PBB mensyaratkan bahawa kakitangannya dipilih daripada kawasan-kawasan yang meluas di seluruh dunia.Setiausaha Agung seorang diri sahaja bertanggungjawab memilih kakitangan. Sekretariat PBB membekalkan kajian, maklumat dan kemudahan yang diperlukan oleh badan-badan PBB untuk mesyuarat mereka. justeru,ia juga melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Majlis Ekonomi dan Sosial dan badan-badan PBB yang lain
rujukan : 1) https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu
2) https://www.kompas.com/skola/read/2020/01/31/183000369/struktur-organisasi-dan-badan-utama-pbb?page=all
Comments
Post a Comment